Monday, June 27, 2011

Festival nasyid sekolah-sekolah kementerian pelajaran malaysia peringkat negeri Pahang 2011

Pada 24-26 Jun 2011, Bertempat di dewan utama SMK SRI Jengka, Maran Pahang telah berlansung Festival nasyid sekolah-sekolah kementerian pelajaran malaysia peringkat  negeri Pahang 2011. Dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. kedua-dua kategori dimenangi oleh sekolah dari daerah Kuantan. Festival ini desertai oleh sekolah - sekolah yang menang pada pertandingan peringkat daerah masing-masing seluruh negeri Pahang. festival yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Ahli parlimen Maran iaitu Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib. Beliau juga dengan murah hati telah memberi sedikit sumbangan kepada pemenang iaitu sekolah dari daerah Kuantan.







Wednesday, June 22, 2011

Majlis pemantauan sekolah bestari felda

Pada 17 jun 2011, Majlis pemantaun sekolah bestari felda telah diadakan di SK Bukit Tajau, Maran Pahang. Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Pendidikan dan Latihan Felda Datuk Ahmad Azmey Bin Abu Talib. Majlis ini bermula dengan Datuk Ahmad Azmey Bin Abu Talib dibawa untuk melihat rekod kecemerlangan sekolah dan setelah itu persembahan maklumat keseluruhan termasuk plan PnP berbentuk slide oleh pihak sekolah. majlis ini  dibuat adalah bagi meningkatkan lagi prestasi sekolah bestari bagi melahirkan lebih ramai murid berjaya dalam pelajaran.






Wednesday, June 1, 2011

kejohanan balapan dan padang pendidikan khas

Bertempat di padang majlis sukan bandar Jengka, 28 Mei 2011 kejohanan balapan dan padang pendidikan khas peringkat negeri Pahang diadakan, ianya bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam sukan negara. kesemua daerah telah menghantar wakil untuk menyertai pertandingan tersebut. Majlis yang bermula seawal 8.00pagi dan berkhir pada 5.00 petang dirasmikan oleh En. Aznan @ baba bin Mohamed. Syabas kepada peserta yang hadir dan pujian harus diberikan kepada Guru-guru pengiring yang sanggup berkorban masa cuti dan wang ringgit. 

 
Design by ADMIN | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms