Monday, July 25, 2011

bengkel ssqs bagi tahun 2011

pada 20 hb julai 2011, PKG Bandar Maran telah mengadakan bengkel ssqs untuk guru penyelaras bestari kelompok luit bertempat di bilik mesyuarat 1 PKG. bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan cara pengisian ssqs dengan baik kepada guru. ssqs adalah singkatan smart school qualification system dan diadakan setiap tahun untuk menilai penggunaan ict sekolah dan tahap pengetahuan berkaitan ict terhadap pelajar, guru dan pentadbir sekolah.bengkel bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada 4.00 petang.




Sunday, July 17, 2011

Sambutan perayaan HARI GURU daerah Maran 2011

Pada 16 Julai 2011 bertempat di dewan ibnu sina SMK Sri Jengka Maran, telah berlangsung perayaan hari guru peringkat daerah Maran tahun 2011. Semua sekolah dalam daerah Maran terlibat dalam menjayakan perayaan hari guru ini, majlis diserikan lagi dengan kesudian Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib ahli parlimen Maran yang turut hadir. Beliau juga telah menyampaikan cek berjumlah 20 ribu ringgit kepada Majlis Guru Besar Daerah Maran sumbangan Kerajaan Negeri Pahang.

Tokoh Guru sekolah rendah dan sekolah menengah(duduk dari kiri) bergambar kenangan bersama YB dato'

Kumpulan Koir menyampaikan lagu tema hari guru 2011








 Ucapan perasmian oleh Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib

Sunday, July 3, 2011

Penarafan SSQS bagi sesi 06.2011 bermula. Bagi negeri Pahang tarikh diberi adalah 4 julai - 24julai 2011. berharap sekolah ahli dapat melakukan pengisian dengan baik, dan jika ada masalah boleh berhubung dengan PKG Bdr Maranhttp://www.4shared.com/document/YQKU5ZE0/Kaedah_Pengisian_Data_SSQS_200.html

 
Design by ADMIN | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms