Thursday, October 20, 2011

Kursus penghasilan video korporat G.P.M. Daerah Maran

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, PKG Daerah Maran telah mengadakan kursus penghasilan video kepada Guru Perpustakaan dan Media setiap sekolah daerah Maran. Kursus ini diadakan di PKG Chenor dan En. Shaharul Azmi ( Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Chenor) sebagai Ketua Fasilitator. Objektif utama kursus adalah supaya setiap sekolah mempunyai kepakaran untuk membina Video sekolah masing-masing. para peserta diajar cara menggunakan Windows Movie Maker dan Intervedio Powerdirector. Hasilnya, para peserta dapat membina video masing-masing dan telah dipertontonkan pada akhir kursus.







Monday, October 10, 2011

Kursus PSS 2011

Pada 3 hb - 6hb Oktober 2011, PPD Maran telah menganjurkan Kursus PSS untuk Guru Perpustakaan dan Media sekolah - sekolah daerah Maran dengan kerjasama PKG Daerah Maran. Kursus PSS peringkat -3 ini dihadiri Guru GPM dari sekolah - sekolah terpilih yang kebanyakannya telah menghadiri peringkat pertama dan kedua. Peserta kursus telah mempelajari Tatacara pelupusan Arkib, Pengurusan Pusat Sumber, Pembikinan video dan banyak lagi. berikut sedikit sisipan menarik sepanjang Kursus diadakan :






Kerana kelajuan internet yang kurang memuaskan, kami memohon maaf atas kelambatan untuk menyediakan bahan dan gambar yang diminta. Walaubagaimanapun,Untuk mendapatkan bahan dan gambar tersebut, bolehlah muat turun di :
 1. clicksini01
 2. clicksini02
 3. clicksini03
 4. clicksini04
 5. bahan En.Roslan

* Kapasiti kesemuanya adalah menjangkaui 500Megabyte

 
Design by ADMIN | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms