Thursday, November 17, 2011

Program memperkasa nilai-nilai teras negara dalam kalangan warga pendidik

Pada 12 November 2011, Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan Program memperkasa nilai-nilai teras negara dalam kalangan warga pendidik yang diadakan di dewan utama UITM Jengka pahang. Program ini dirasmikan oleh Pengarah JPN Pahang, Encik Yahya bin Zainal Abidin dan telah berlansung dengan jayanya. Peserta program adalah semua Pengetua atau Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di semua Sekolah daerah Maran, Jerantut dan Temerloh. Yang paling menarik adalah apabila tuan Pengarah, Encik Yahya bin Zainal Abidin menunjukkan  instrument yang menggunakan beberapa perisian komputer untuk menilai prestasi Guru dan kaedah pengajaran terbaik untuk menjamin keberkesanan PnP disekolah. Disamping itu juga beliau menunjukkan beberapa buah buku yang mesti dibaca oleh semua bagi menambah keberhasilan penerapan Nilai-nilai teras negara dalam warga pendidik antaranya Leaving Microsoft To Change The World , karya John Wood.





Wednesday, November 16, 2011

Majlis Profesionalisma bersama YH. Dato' HJ Mazlan Bin Mohammad

Pada 31 Oktober 2011, PPD Maran telah manganjurkan Majlis Profesionalisma bersama YH. Dato' HJ Mazlan Bin Mohammad dan EN. Yahya Bin Zainal Abidin. Majlis ini diadakan bagi meraikan Pengarah baru JPN Pahang iaitu EN. Yahya Bin Zainal Abidin bagi menggantikan YH. Dato' HJ Mazlan Bin Mohammad yang telah dilantik menjadi Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis yang berlansung selama satu hari di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka ini juga dihadiri Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Raauf Bin Haji Jali.





Anugerah Sri Bestari bagi tahun 2011

Pada Khamis, 10 November 2011, Dibawah PPD Maran, PKG Daerah Maran telah mengadakan majlis Anugerah Sri Bestari bagi tahun 2011. Majlis yang diadakan di SK Desa Jaya Bandar Pusat itu telah dihadiri Guru besar dan Guru Media setiap sekolah daerah Maran serta murid yang terlibat. Majlis yang bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 12 tengahhari itu diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Rodzik bin ABD Razak, Timbalan PPD Daerah Maran. Majlis ini diadakan adalah bagi menyampaikan anugerah kepada pemenang pertandingan Nilam dan Pusat akses sekolah Bagi daerah Maran 2011.




 Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohd Rodzik bin ABD Razak, Timbalan PPD Daerah Maran

 
Design by ADMIN | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms