Sunday, February 27, 2011

Kejohanan futsal piala KPP BTPN Pahang

Kejohanan futsal piala KPP BTPN Pahang

Tarikh : 26 feb 2011
Masa : 10.00 am
Tempat : One touch futsal Temerloh
Penganjur : BTPN Pahang dibawah kendalian PKG Daerah Maran

Kejohanan Futsal kali ke -1 bagi merebut piala pusingan KPP BTPN Pahang telah diadakan, pertandingan ini melibatkan Juruteknik Komputer seluruh pahang dan sebanyak 8 pasukan dari daerah berlainan telah membuat penyertaan. Diantaranya ialah Maran, Jengka, Bera, Kuantan, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan Jerantut. Kejohanan ini diadakan dengan jayanya hasil usaha pihak penganjur yang bertungkus lumus sejak dari awal perancangan. Antara tujuan utama adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan futsal dan mengeratkan silaturrahim sesama peserta. Pada kali ini, tempat pertama dimenangi oleh pasukan dari Temerloh, Bera ditempat kedua, Jengka ditempat ketiga dan tempat keempat adalah pasukan dari Kuala Lipis. Kejohanan ini akan terus berlansung pada setiap tahun dan akan diadakan di venue berlainan.berikut sedikit laporan bergambar  pada kejohanan :





 perlawanan akhir diantara pasukan dari Temerloh dan Bera


 Penetuan sepakan penalti tempat ketiga dan empat antara pasukan Jengka dan Kuala Lipis

 

Thursday, February 17, 2011

Perarakan Maulidurrasul 1432 A.H. ( 1 Malaysia 1 ummah)


Bertempat di SK Maran, 18 februari 2011 bersamaan 14 rabiul awal 1432 A.H. Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah SK Maran diadakan. tepat jam 8 pagi, Semua Guru dan pelajar berkumpul di dataran SK Maran bagi menyertai perarakan. Ini bertujuan untuk menanam rasa kecintaan dan mengingati hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. terhadap pelajar. 

para pelajar berbaris untuk memulakan perarakan


Ketua Majlis berbincang dengan anggota polis bertugas mengawal lalulintas supaya semua berjalan lancar dan selamat.

Perarakan dimulakan dengan selawat nabi




Sementara itu di satu lagi tempat, iaitu SMK Maran juga berlansung Majlis yang sama yang mana melibatkan semua pelajar dan guru sekolah terbabit.Majlis dimulakan pada jam 8 pagi berakhir kira-kira jam 11 pagi. SMK Maran pula memilih untuk berarak di kawasan berlainan dengan memasuki kawasan perkampungan. antara gambar yang sempat diambil :

 Antara sepanduk yang dibina pelajar


 Semua guru dan KTBM terlibat dalam perarakan
Diharap semua yang menyertai majlis mendapat manfaat yang sepatutnya, mengenali dan mencontohi peribadi baginda Rasulullah bagi mendekatkan lagi diri dengan pencipta dan mengukuhkan lagi silaturahim antara umat.

Wednesday, February 16, 2011

Pusat Akses Sekolah (PUAS)

1. SMK Sri Jengka                         fasa 1
2. SK Maran                                  fasa 1
3. SMK Maran                               fasa 2
4. SK Kuala Wau                           fasa 2
5. SK Ulu Luit                                fasa 3
6. SK New Zealand                       fasa 3

Latar Belakang

Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan antara luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan dan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berkos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelakkan kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
Berasaskan pekeliling KP(PP) 0050/126/1 Jld. 7(23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1 Januari 1996 PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.




Guru Penyelaras Bestari 2014

BIL
NAMA
SEKOLAH
ANADA SURIA A/P PREMA KUMAR          -  SJKT LADANG BUDU
2.
AMRU OMAR BIN ABD HAMID
-       SMK CLIFFORD
3.
MOHD ZAZARUDIN BIN HARUN
-       SM VOKSIONAL KUALA LIPIS
4.
NIK SHUKRI BIN MUHAMAD
-       SMK ORANG KAYA HAJI
5.
ZULHAIRI BIN AKOB
-       SMK SERI LIPIS
6.
SHANMUGAM A/L KULATHURAN
-       SMK SETIAWANGSA
7.
WAN JURAINI BINTI WAN ALI
-       SMK KUALA LANAR
8.
SITI ZURAIDAH @ RUBIAH BINTI MD SHARIF
-       SMK CHUNG HWA
9.
MOHD FAIZAL BIN MOHAMMAD@ KHALID
-       SK CLIFFORD
10.
MOHD YUSOF BIN IBRAHIM
-       SK WAN IBRAHIM
11.
ZURAWATI BT IBRAHIM
-       SK RELONG
12.
AHMAD SYAFIK BIN CHE AKOB
-       SK GUA
13.
SAMSUDDIN BIN SULAIMAN
-       SK BERCHANG
14.
R  AZMI BIN AHMAD
-       SK LUBOK KULIT
15.
NOR SALFAIZNI BT MOHAMED
-       SK TEMPOYANG
16.
MOHAMAD HAIROLFITRI BIN SAHBUDIN
-       SK KUALA TELANG
17.
FARIDAH BINTI MUSA
-       SK PENJOM
18.
NOR AZLINEE BINTI SAUFI
-       SK KUALA LANAR
19.
NURUL NADIAH BT AHMAD NAZRI
-       SK JERAM BUNGOR
20.
ZUHAIFULNIZAN BIN ISMAIL
-       SK KUALA KENONG
21.
FAIZUL BIN RAMLAY
-       SK BATU 9
22.
THA SWEE LONG
-       SJKC CHUNG HWA
23
YAP MEI LING
-       SJKC PENJOM
24
MOGANAMBAL SELVI A/P KUNASIGARAN
-       SJKT KUALA LIPIS






Guru Perpustakaan dan Media 2014

1SMK CLIFFORDNORHAYATI BT SALIMIN
2SM VOKASIONAL KUALA LIPISNOAZINA BT MUSA
3SMK ORANG KAYA HAJIJAMIAH BT ISMAIL
4SMK SERI LIPISNADIRAH BT MUSTAFFA
5SMK SETIAWANGSAMASNI YATI BT IBRAHIM
6SMK KUALA LANARHASIAH BT JOHARI
7SMK CHUNG HWAROHATIH BINTI SALMAN MOWKI
8SK CLIFFORDROHAYATI BT HUSIN
9SK WAN IBRAHIMZARINI BT YAHYA
10SK RELONGHASNIZAH BT AHMAD
11SK PENJOMZURAHANA BT KASSIM
12SK TEMPOYANGNUR AFNI BT SHAMSHUDDIN
13SK GUANURUL FADZILAH BT MD YUSOFF
14SK BERCHANGSARIMAH BT ABDULLAH
15SK LUBOK KULITANGELA LINGKEBONG @
16SK KUALA TELANGROSNANI BT ABD AZIZ
17SK KUALA LANARRIZAWATI BT MOHD SUMBUTI
18SK JERAM BUNGORROHANUM BINTI MAHMUD
19SK KUALA KENONGASNIZA BINTI HUSSIN
20SK BATU 9BAIZURA YANTI BINTI ABDUL RAHIM
21SJK(C ) CHUNG HWALEE SIEW YING
22SJK( C) PENJOMCHOON FANG XIN
23SJK (T) KUALA LIPISK. MOGANAMBAL SELVI
24SJK (T) LADANG BUDUJEGATHISWARY A/P MOORTHY

Tuesday, February 1, 2011

Majlis persaraan bekas Guru Besar SK Bukit Tajau

Pada 31 Januari 2011 jam 10.30, bermula majlis persaraan bekas Guru Besar SK Bukit Tajau Maran, Pn.Hajah Temah Binti Ismail.  majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib,ahli palimen Maran. Sedikit disekitar majlis :

Pn. Hajah Temah bersalaman dengan pelajar SK. Bukit Tajau.

Bergambar sebagai kenangan bersama Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib dan guru SK. Bukit Tajau.

 Puan Hajah Temah pulang diiringi motor 

 Ucapan oleh Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib

 Hajah Temah menyampaikan ucapan terakhir

antara yang hadir pada majlis. 
 perarakan mengiringi Hajah Temah pulang


 
Design by ADMIN | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms