Thursday, February 17, 2011

Perarakan Maulidurrasul 1432 A.H. ( 1 Malaysia 1 ummah)


Bertempat di SK Maran, 18 februari 2011 bersamaan 14 rabiul awal 1432 A.H. Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah SK Maran diadakan. tepat jam 8 pagi, Semua Guru dan pelajar berkumpul di dataran SK Maran bagi menyertai perarakan. Ini bertujuan untuk menanam rasa kecintaan dan mengingati hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. terhadap pelajar. 

para pelajar berbaris untuk memulakan perarakan


Ketua Majlis berbincang dengan anggota polis bertugas mengawal lalulintas supaya semua berjalan lancar dan selamat.

Perarakan dimulakan dengan selawat nabi




Sementara itu di satu lagi tempat, iaitu SMK Maran juga berlansung Majlis yang sama yang mana melibatkan semua pelajar dan guru sekolah terbabit.Majlis dimulakan pada jam 8 pagi berakhir kira-kira jam 11 pagi. SMK Maran pula memilih untuk berarak di kawasan berlainan dengan memasuki kawasan perkampungan. antara gambar yang sempat diambil :

 Antara sepanduk yang dibina pelajar


 Semua guru dan KTBM terlibat dalam perarakan
Diharap semua yang menyertai majlis mendapat manfaat yang sepatutnya, mengenali dan mencontohi peribadi baginda Rasulullah bagi mendekatkan lagi diri dengan pencipta dan mengukuhkan lagi silaturahim antara umat.

0 comments:

Post a Comment

komen anda .. ?

 
Design by ADMIN | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms